Friday, May 21, 2010

SAYA PENGGEMAR SUSU NO: 1

SUSU? saya memang suka sangat minum susu sejak dari bayi lagi sampai dah besar nie.  Tapi ntah kenapa sejak saya belajar sendiri jauh dari rumah tanpa emak yang rajin buatkan susu untuk saya sebelum tidur masa zaman sekolah-sekolah dulu. Tidak lupa juga pada bulan puasa, susu adalah minuman yang wajib minum ketika sahur selain air teh-O. 



Ini sarapan yang saya buat sendiri bila saya rasa ini boleh mengenyangkan saya.(Padahal "cereal" dah habis)..oleh sebab itu, saya terpaksa menggunakan kreativiti saya untuk menghasilkannya.


 Tapi kini lebih senang dan mudah sebab saya hanya perlu membeli Yogurt Rendah Lemak sebagai makanan ringan saya.

*Gambar kabur sebab menggunakan kamera yang kualiti rendah.

Yang botol tinggi dan slim nie pon salah satu favourite saya..aww..
saya memang tergila-gilakan minuman nie...tapi saya terpaksa terima hakikat yang hostel nie tiada peti sejuk. 

Sebagai tambahan, susu memiliki banyak khasiat dan saya mengaku semua tu.  Dulu masa saya nak meningkat usia remaja saya percaya susu boleh menambahkan ketinggian, jadi saya selalu minum susu.  Kadang-kadang bila saya terlalu obses dengan kecantikan, saya buat kerja gila dengan mengambil sedikit susu tepung dan cairkan dengan air selepas tu tepek kat muka. hahaha... 

Oleh itu, jangan nak jijik-jijik dengan susu!  macam you all semua tak pernah minum susu. cuba ingat balik memori anda bersama susu semasa kecil. 

Jadi selepas ini,  saya kene rajinkan diri saya untuk buat susu sendiri sebelum susu tepung saya hampir ke tarikh luput.^_^"


 





AMBER CHIA, RESHMONU, ALIF SATAR BAKAL MEMERIAHKAN WORLD MILK DAY
INI JUGA BAKAL DICATATKAN DALAM BOOK OF RECORD 

SAMA-SAMA LAH KITA MENYOKONG DALAM MENYEBARKAN KEBAIKAN  SUSU.

with love
eazyhusnazulkofli

No comments: